cerpen indie #13 : cerita tentang terawih.

Setelah selesai 8 rakaat,Imran meluru keluar dari masjid.

Bersepah-sepah juga gaya larian Imran.

Imran mahu bersama-sama dengan ‘geng budak-budak  besar’ bermain mercun.

Budak lelaki kalau tidak bermain mercun time orang bersolat terawih,memang tak true,getus hati Imran.

Baru Imran hendak merasai keseronokkan melihat ‘geng budak-budak besar’ bermain mercun,datang seorang kanak-kanak perempuan,saiz besar sikit dari Imran;

“Imran,mak suruh kamu masuk masjid.Kalau kamu tidak mahu masuk masjid dan terus bermain kat luar ni,mak cakap,mak tidak mahu membeli baju raya untuk kamu,”terang kakak Imran,Aishah dengan panjang lebar sambil mempamer memek muka yang berkesan.

Jiwa Imran sebagai seorang kanak-kanak berusia 7 tahun berasa terancam apabila diugut dengan kes baju raya.Imran melangkah longlai masuk ke masjid dengan berat hati.

Oleh kerana letih berpuasa separuh hari ditambah dengan perut yang kekenyangan yang amat sangat,Imran membuat keputusan untuk tidur sahaja di saf paling belakang.

***

Suasana menjadi bising.

Kedengaran ahli jemaah sedang sibuk dengan aktiviti moreh,dan ini menganggu aktiviti tidur Imran.

Perlahan-lahan Imran membuka matanya.

Dengan tidak semena-mena,Imran berasa seram-seram sejuk.

Bulu roma Imran meremang-meremang.Makin lama,makin menjadi-jadi.

Tanpa berfikir panjang,Imran membuat keputusan untuk menangis semahu-mahunya.

Selepas 10 minit menangis setail budak-budak 7 tahun,Mak Cik Rokiah datang bersama Aishah dan anak jirannya,Layla.

“Siapa suruh kamu tidur di tempat mandi mayat ni,Imran?tanya mak Imran dengan penuh rasa curiga.

Imran tidak menjawab soalan emaknya.

Walaupun baru berumur 7 tahun,merona merah juga muka Imran apabila melihat Layla juga ada sekali.

Jatuh sahamnya sebagai kanak-kanak  lelaki berusia 7 tahun.

 

 

 

Dari jauh,kelihatan ‘geng budak-budak besar’ iaitu Rizal,Sarul dan Shuhaimi tersenyum sinis.

Lama kelamaan,senyum sinis mereka bertukar ke tahap ketawa terbahak-bahak.

 

 

Notakecildisisip:

Nak jadi ‘geng budak-budak besar’ mesti cekap melakukan aktiviti angkat-senyapsenyap-ramairamai-ubah tempat tidur.

3 Responses to “cerpen indie #13 : cerita tentang terawih.”

  1. Huaaa kesiannya. Keji betul Rizal, Sarul dan Suhaimi

  2. pelitaminyaktanah Says:

    hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.