Nora Elena dan Kasih Yang Suci.
“Apa tajuk novel yang diadaptasi oleh drama Nora Elena tu?,tanya Chopra pada Imran pada petang yang berjerebu itu.
“Kasih Yang Suci kot,aku tak pasti sangat,”jawab Imran tersekat-sekat.
“Siapa penulis novel itu?,tanya Chopra lagi.
“Meem Zulaikha,”pendek jawapan Imran.
“Siapa penerbit novel itu yea?,”tanya Chopra lagi penuh minat.
“Aku tak pasti laa,bro..cuba cari kat internet,”jawab Imran sambil lewa.
***
Setengah jam selepas itu.
“Bro,aku dah tahu dah nama penerbit novel Kasih Yang Suci itu,”jawab Chopra keriangan.
“Apa nama penerbitnya?,tanya Imran pula.
“Abad 21!,jawab Chopra dengan semangat.
“Bukan Abad 21 laa,”balas Imran dengan pantas.
“Betul laa,ingat aku main-main ke?,balas Chopra pula,ada sekelumit rasa marah didadanya.
“Bukan Abad 21,tapi Alaf 21..Alaf 21,bro..,”jawab Imran sambil tahan ketawa.
“Alaa..lebih kurang laa tue..,”jawab Chopra lembut.Merona merah juga mukanya pada petang itu.
September 21, 2011 at 12:35 am
rare la chopra