cerpen indie: alam fantasi.
Zaki kawan kepada Imran.
Zaki juga jiran kepada Imran.
Zaki suka mencabar Imran.
Imran pantang dicabar.
“Kamu mahu pergi ke alam fantasi?,tanya Zaki kepada kepada Imran.
“Alam fantasi?Apa itu alam fantasi?Bagaimana mahu pergi ke alam tersebut?tanya Imran pula,penuh minat.
“Kamu mahu pergi ke alam itu?Alam itu untuk mereka-mereka yang berani sahaja,”jawab Zaki penuh bersahaja.
“Kamu ingat aku takut ke?,soal Imran pula sambil mempamer muka tidak puas hati.
“Kalau kamu betul-betul mahu pergi ke alam itu,aku ada caranya.Besok aku akan terangkan caranya kepada kamu,”balas Zaki penuh yakin.
***
Keesokan harinya.
“Begini.Di belakang rumah kamu ada sepohon pokok yang paling rendang.Namanya pokok Seri Bunian.Kata orang-orang tua disitu,pokok itu merupakan ‘pintu’ untuk pergi ke alam ghaib.Terang Zaki panjang lebar.
“Tapi,bagaimana mahu memasuki alam ghaib tersebut?,tanya Imran penuh minat.
“Caranya mudah sahaja,kamu rebus serbuk hikmat ini,kemudian kamu minum ketika panas.Dan,jika kamu mahu menjadi kebal,kamu masukkan juga ubat sakti ini dalam minuman kamu,’’terang Zaki lagi sambil menghulurkan sebungkus serbuk yang dibalut dengan surat khabar beserta 2 biji ’ubat sakti’ .
“Apabila kamu sudah minum serbuk tersebut,kamu lari laju-laju dengan sepenuh hati dan rempuh pokok Seri Bunian itu dengan semangat seorang pahlawan Melayu.
***
Imran hampa.
Cadangannya untuk bermain di pokok rendang di belakang rumahnya telah dihalang sekeras-keras oleh ayah dan ibunya.
Dasar anak muda,lagi dilarang lagi mahu dibuatnya.
Tanpa pengetahuan ayah dan ibunya,Imran telah curi keluar dan menuju ke pokok Seri Bunian keesokan paginya.
Air rebusan dari serbuk hikmat diisi dalam botol air mineral.Dengan cermat,Imran memasukkan pula 2 biji ubat sakti ke dalam air rebusan tersebut.
Dengan langkah seperti seorang pahlawan,Imran berlari sekuat hati persis Usain Bolt dan merempuh pokok Seri Bunian tersebut.
Pang!!
Dunia gelap gelita.
Imran sakit kepala bukan kepalang.
Perlahan-lahan Imran membuka matanya.Imran mendapati dia berada di tempat yang asing.
Suasana begitu hening sekali.
Imran memerhati di kawasan sekeliling.
Dia mendapati dirinya berada di sebuah tempat yang asing.Lebih tepat,di dalam hutan yang mengetarkan hatinya.
Hutan di disitu begitu pelik sekali.
Semuanya kelihatan jahat.
Akar pokok kelihatan seperti tangan yang terkeluar dari kubur.
Tubuh pokok kelihatan seakan-akan hantu perempuan yang menganggu Kilafairy ketika mahu mandi dalam filem Karak.
Aku juga pokok yang kelihatan seperti ahli sihir perempuan yang mempunyai gigi seperti Sapizan Hasyim,pemain bola negeri utara tanahair.
***
Prap..
Bunyi ranting di pijak.
Imran bingkas bangun.
Lebih kurang 45 meter di hadapan Imran,muncul haiwan yang aneh.
Badannya seperti seladang,berjalur-jalur seperti kuda belang dan mukanya garang seperti harimau dan bertanduk seperti Unikorn.
Matanya merah dan menyorot ganas memandang Imran dengan penuh rasa benci.
Kukunya begitu tajam dan panjang.
Tanpa disedari,Imran terbau hancing.Terasa air panas keluar dan membasahi celah kelangkangnya.
Tiba-tiba,haiwan aneh itu menerkam ke arah Imran.Imran kaget.
Dalam keadaan yang cemas itu,Imran ternampak ada buluh runcing berdekatan dengan kaki kirinya itu.
Imran pantas mendapatkan buluh runcing itu.
Tanpa diberi arahan,haiwan aneh itu terus menerkam ke arah Imran dan cuba menyerang Imran.
Imran dengan sekuat hati cuba mempertahankan dirinya dan telah menusuk kaki kanan haiwan aneh itu dengan buluh runcing.
Tanpa menunggu waktu menjadi lebih suspen,haiwan itu jatuh tersungkur mencium bumi.
Asap hitam muncul.
Haiwan aneh itu mula mencair seperti ais batu disimbah air paip.
Dan seterusnya,haiwan aneh itu terus mencair.
Ghaib.
***
“Terima kasih kerana mematikan sumpahan yang dikenakan ke atas hamba,”muncul satu suara perempuan yang lunak merdu seakan-akan suara Nora Danish dari tempat haiwan aneh yang ghaib tadi.
Imran melihat perempuan yang sangat jelita.Rupa-rupanya ada iras-iras heroin drama Nora Elena.Rambut ikal mayang.Bibirnya merah bak delima.Hidungnya mancung bak seludang.Memang jelita!
Tetapi,yang tidak cocoknya,badan besar dan tegap umpama seladang.Lebih tepat,badannya gemuk dan sungguh ‘sihat’.
“Nama hamba Puteri Manjakani.Hamba berketurunan dari susur galur Ratu Mendayu Tinggi.Oleh kerana hamba tidak menjaga berat badan,makan makanan yang tidak bergizi tinggi,hamba mendapat penyakit yang dipanggil obesiti.Menjadi kesalahan kerajaan Jamupahit,rakyatnya bertubuh gempal.”
“Hamba juga disumpah menjadi haiwan aneh oleh pawang istana kerana melanggar kesalahan kerajaan Jamupahit,ditambah pula hamba kantoi ponteng bersenam dan berdiet oleh ibunda hamba sendiri.”
“Kamu telah menolong hamba mematahkan sumpahan tersebut kerana telah mencucuk kaki kanan hamba dengan buluh runcing.,”terang puteri jelita bertubuh sangat gempal itu lagi.
“Wahai Puteri Manjakani,tolonglah hantar saya kembali ke alam asal saya.Saya sudah serik tinggal disini.,”pinta Imran sambil mempamer muka kasihan.
“Tidakkah tuan hamba mahu meninjau dahulu kawasan di alam ini?tanya Puteri Manjakani ringkas.
“Tidak! Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita ini.Saya mahu segera keluar dari alam ini.Saya rindukan keluarga dan rakan-rakan saya,”balas Imran jujur sambil fikirannya sudah terbayang imej Zaki,Layla,Shahrul,Rizal dan juga muka sejuk kedua orang tuannya.
“Baiklah kalau kamu berhajat begitu.Hamba akan menunjukkan jalan keluar tetapi tuan hamba kenalah mendukung hamba kerana kaki hamba telah cedera.,”balas Puteri Manjakani pula.
***
Sudah lima minit Imran mendukung Puteri Manjakani.Nafasnya tersekat-sekat.Berat Puteri Mnajakani amat membebankan Imran.Bagai mendukung seladang yang hidup,getus hati Imran.
Imran melangkah longlai.
Dia cuba mengagahi juga perjalannya bersama Puteri Manjakani itu.
Pup..
Dunia menjadi gelap.
Bau tanah memasuki rongga hidung Imran.Ada rumput nakal telah memasuki rongga hidungnya itu.
“Imran..Imran..
“Buka mata ,nak.
Imran membuka matanya dengan perlahan-lahan.
Imran melihat dirinya dikerumuni oleh ayah dan ibunya.Turut kelihatan sama di situ- Zaki, Rizal,Layla dan Shahrul.Hadi juga turut kelihatan.
Kamu sudah seminggu pengsan dan tidak sedarkan diri,” terang Zaki tanpa disuruh-suruh.
***
Seminggu telah berlalu.
“Apa nama serbuk hikmat dan ubat sakti yang kamu berikan kepada aku dulu?tanya Imran kepada Zaki tanpa berbasa-basi.
“Serbuk Ketum dan 2biji Panadol,”jawab Zaki pantas sambil berlari menyelamatkan diri.
Moral: 1. Jangan kenakan rakan anda dengan tipu daya yang melampau.
2.Jaga kesihatan diri anda.Diet jika perlu.Jika obesiti,letih kawan mahu mengangkat.
June 30, 2011 at 3:01 am
Hahahhaa…..hantu.
June 30, 2011 at 3:02 am
[...] Versi Azzahari Pelitaminyaktanah [...]