cerpen indie: kisah benar saya.

Petang itu petang Jumaat.

Angin berpuput lembut.

Suasana begitu tenang sekali.

Imran  sampai ke rumah sewanya tepat pukul 6 petang.

Imran segera bergegas mahu masuk ke dalam rumah kerana mahu berjogging pada pukul 6.15petang.

Sebelum melangkah masuk,hati Imran  terasa  mahu melihat peti surat.

Imran membuka peti surat.Kadang-kadang gerak hati memang boleh percaya,getus hati Imran.

Ada satu bungkusan coklat.Bungkusan yang tertera alamat tetapi tiada nama.

Timbul rasa kehairanan di hati Imran.

Imran memegang bungkusan itu dan merasakan bahawa isi kandungan itu seperti serbuk.

Raut muka Imran serta merta berubah.

Ikutkan hati,mahu sahaja dia membuka bungkusan tanpa nama penerima itu.

Bila fikir-fikir balik,Imran takut kandungan itu berisi serbuk Antrax pula.

Imran membatalkan niat beliau itu.

Kerana tidak mahu memeningkan kepalanya pada petang yang tenang itu,Imran menyimpan kembali bungkusan misteri.

Di kepalanya sudah terbayang gadis-gadis berbaju pink berjogging di stadium perbandaran Sri Manjung.

***

Pagi Sabtu yang nirmala.

Imran bangun awal.Selepas menunaikan solat Subuh,Imran kembali tidur.

Tetapi tidurnya tidak lama.Dengkuran yang membingitkan dari teman serumahnya menganggu nafsu tidurnya.

Jam di dinding sudah menunjukkan 8.15pagi.Imran bingkas bangun.Mahu bersarapan dan membeli akhbar.

Ketika mahu menghidupkan enjin motorsikalnya,tiba-tiba Imran teringatkan bungkusan coklat yang misteri itu.

Dengan penuh berhati-hati,Imran pergi mengeluarkan bungkusan coklat itu dari peti surat.

Dia nekad untuk membuka bungkusan tanpa nama pengirim itu.

Imran pasrah jika isi bungkusan itu berisi Antrax!

tiba-tiba;

“Dapat hadiah ke Imran?tegur Abang Rahim,jiran sebelah rumah Imran dengan ramah.

“Ermm..tak tahulah bang,dapat bungkusan ni risau jugak saya”,jawab Imran acuh tak acuh.

“Kenapa pula?,tanya Abang Rahim pantas.

“Bungkusan ini pelik sikit.Alamat dah betul tetapi nama penerima tiada pula.Bila saya pegang,saya rasa isi dalam bungkusan ini berisi serbuk,”jawab Imran dengan panjang lebar sambil mempamerkan muka penuh gundah.

“Jangan main-main,Imran.Sekarang ini banyak kes keldai dadah.Mungkin kerja sindiket ni.Mungkin kamu ini tinggal bujang,rumah pula tiada berpagar.Abang takut,mungkin ini salah satu taktik mereka.Rumah kamu jadi sasaran mereka.Nanti datang geng mereka menuntut bungkusan ini pula,”terang Abang Rahim penuh dedikasi.

“Setem di bungkusan itu dari negeri mana,?tanya Abang Rahim lagi.

“Dari Kelantan,bang,”jawab Imran tanpa berbasa-basi.

“Sekarang apa perlu saya buat,bang?,tanya Imran pula.

“Kamu buang sahaja bungkusan itu,” arah Abang Rahim penuh yakin.

Imran tanpa teragak-agak terus mengambil bungkusan itu dan ingin membuangnya dalam tong sampah  di padang permainan berhadapan rumahnya.

“Nanti..Bahaya jika buang di dalam tong sampah di padang permainan.Nanti anak-anak abang,anak jiran-jiran yang lain main di situ..Bahaya!!Bagi bungkusan itu pada abang,kebetulan abang nak pergi Sitiawan ni,nanti boleh abang buang di tempat yang sesuai,”terang abang Rahim lagi penuh semangat.

***

Pagi Ahad yang hening.

Selepas selesai makan nasi lemak ayam panggang,Imran tersandar di sofa berbentuk L yang sudah kusam itu.

Mingguan Malaysia yang dibelinya tadi dibelek-beleknya penuh teliti.

Pintu rumah di biar terbuka,hanya grill sahaja di kunci.

Tiba-tiba,Imran ternampak sebuah Perodua Kelisa memandu perlahan melepasi rumahnya.

Imran cemas.

Dia segera menutup pintu dan memerhati dari tingkap bilik.

Dari celahan langsir,Imran ternampak lelaki berbangsa Cina  dalam kereta Perodua Kelisa itu.

Imran mengesyaki lelaki Cina itu mungkin ahli sindiket dadah.

Imran jadi cemas tiba-tiba.

Kereta Perodua Kelisa itu berpatah balik dan terus menghilang.

Imran segera mengejutkan rakan serumahnya yang sedang rancak berdengkur.

“Ijat,Ijat..Bangun..bangun!! Aku ada masalah besar ni,”kejut Imran dengan penuh gelisah.

Ada ahli sindiket dadah tengah perhatikan rumah kita,mampus kita kali ni!,”tambah Imran lagi.

“Bertenang..cuba kamu ceritakan hal sebenarnya,apa yang telah berlaku,”Syaiful Izat cuba mententeramkan Imran.

“Macam ini kisahnya..Hari Jumaat yang lepas,dalam peti surat rumah kita ada bungkusan berisi serbuk,alamat memang rumah kita tetapi masalahnya tiada nama penerima,”jelas Imran dengan bersungguh-sungguh.

“Kamu dah periksa isi kandungannya belum?,tanya Saiful Izat lagi.

Aku tidak periksa.Aku risau ada Antrax pula..Kang tidak pasal-pasal,aku ‘jalan’ dulu,”jawab Imran sedikit beremosi.

“Antrax itu apa?,tanya Saiful Izat lagi.

Muka Imran bertambah merah.

Antrax itu serbuk beracun .Antrax pernah di hantar ke White House.

“Apa kaitan rumah kita dengan White House pula?,tanya Saiful Izat penuh ragu.

“Ahh..lupakan sahaja kisah Antrax dan White House itu.Sekarang macamana nak selesaikan masalah kita ini?,soal Imran direct to the point.

“Kita buat laporan polis!,jerit Saiful Izat dengan semangat berkobar-kobar.

***

Kamu hendak ke mana tu Imran?Tergesa-gesa nampak.Hendak hantar Ijat ke wad bersalin ke?,”tegur Abang Rahim tersenyum mesra sambil mata menjeling ke arah perut Saiful Izat yang agak menonjol itu.

“Kami mahu buat laporan polis,Bang Rahim.Isu sindiket dadah ini jangan dibuat main-main,”jawab Saiful Izat dengan gaya ‘brother-brother’.

Abang Rahim berpeluh.

‘Mahu buat laporan polis?Jangan..nanti mengamuk geng-geng sindiket dadah itu.Lagipun bungkusan coklat itu abang sudah buang di sungai.Kita sudah tiada bahan bukti.

“Nanti kalau ada sesiapa yang tidak kita kenali datang bertanyakan tentang bungkusan itu,kita buat-buat tidak tahu sahaja,”sambung Abang Rahim lagi.

Imran dan Saiful Izat saling berpandangan dan mengangguk lembut.

Mereka sepakat untuk menuruti saranan Abang Rahim.

***

Ahad malam Isnin.

Imran gelisah.

Semua posisi tidur di praktikkannya.

Mengiring,terlentang mahupun meniarap tidak berjaya membuat matanya lelap.

Fikirannya ligat memikirkan  bungkusan coklat.

Imran begitu risau jika dirinya diganggu oleh sindiket dadah.

Rumah disimbah cat merah,perjalanan ke tempat kerja disekat oleh orang yang tidak dikenali dan berbagai-bagai adegan lagi yang menerewang di kotak fikirannya pada malam itu.

Keluara Abang Rahim diganggu oleh geng sindiket dadah.

Anak abang Rahim diculik.

Macam-macam imaginasi sedang bertarung di fikiran Imran.

Rasa menyesal terbit tanpa di suruh-suruh oleh Imran kerana melibatkan Abang  Rahim dalam hal ini.

Saiful Izat sudah lama dibuai mimpi.

Kadang-kadang dia mengigau secara tiba-tiba.Mengigau cakap Siam pula itu.Mungkin tidur tidak basuh kaki,fikir Imran.

Imran masih lagi tidak dapat tidur.

Dia nekad akan berhenti kerja,balik bersembunyi di kampung halamannya.Buat kerja kampung.Asalkan tidak diganggu oleh sindiket dadah.

Tiba-tiba,imej lelaki Cina yang memandu Perodua Kelisa datang menyerang benak fikirannya.

Imran bingkas bangun menuju bilik air.Berwudhuk.

Solat Hajat perlu dilaksanakan.

***

Pagi Isnin yang suram.

Chopra,rakan serumah yang baru pulang dari kursus tiba dari KL.

“Bro,posmen ada hantar apa-apa bungkusan tak?,tanya Chopra bersahaja.

Imran pandang pada Saiful Ijat.Saiful Ijat pandang Imran.

“Bungkusan apa?,tanya Imran ringkas.

“Gua ada beli barang melalui Facebook.Barang baik punya!,”jawab Chopra penuh ceria.

“Kamu bagi alamat betul tak,”tanya Saiful Izat pula.

“Betul la.Tapi nama,gua guna nama profile Facebook-Lelaki Tanpa Nama..Malu laa gua guna nama sebenar..Gua pesan kopi ‘jantan’,bro! Baik punya!!

Pang!

Satu penampar hinggap di pipi Chopra.

Lelaki yang perasan mukanya seiras dengan Yash Chopra itu terpinga-pinga.

“Lu apahal,bro?Emosi pagi-pagi begini.

Imran dan Saiful Izat tidak berkata apa-apa.

Mereka melangkah keluar dengan begitu bergaya sekali.Seperti lelaki baru lepas akad nikah dengan tok kadi.

Imran menuju ke tempat kerja dengan hati yang berbunga-bunga.

Cuma,imej lelaki Cina yang memandu perlahan Perodua Kelisa masih menghantuinya.

***

Seminggu selepas itu.

Kak Suzie,isteri Abang Rahim memberitahu Imran,Chee Keong kemalangan.Sekarang dia di wad 7.

Imran sambil mengaru-garu kepalanya,bertanya;

“Siapa Chee Keong itu,Kak Suzie?

“Chee Keong,budak Cina yang kerja di Giant tue.Orang lorong belakang.Kadang-kadang dia hantar pamplet dari rumah ke rumah,”terang Kak Suzie lagi.

Imran tiba-tiba tersenyum sendiri.

***

versi Zalila Isa

versi Rizal Gunx

versi Sharul

versi Hadi

One Response to “cerpen indie: kisah benar saya.”

  1. [...] Kisah Benar versi Azzahari pelitaminyaktanah [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.