cerpen indie : Hari Bodoh Saya,Encekkk!

Sehari selepas hari kejadian itu.

 

Jalam jem tahap cipan.Kereta merangkak-rangkak perlahan.Jam di tangan menunjukkan tepat 8.27 minit dan 55 saat.Kereta Kancil Amir yang di pandu Mohsin masuk ke kawasan parkir bangunan akademik.

Mohsin berkejar ke lif.Tit! pintu terbuka.

Manusia berhimpit-himpit di dalam dan terkelip-kelip memandang Mohsin  yang termengah-mengah.

Street…

8:33:41

Mohhhhsinnnnnnn!!!

Suara Cik Putri Aleeya Safia Rania memanggil  Mohsin dengan efek gema dari belakang.

“Mengapa awak hantar kertas kosong dalam  paper Fluid & Thermodynamic saya semalam?,” soal Cik Aleeya Safia Rania dengan mata yang merah dan mempamerkan raut wajah yang paling serius.Hilang keayuan wajahnya.

Mohsin serba salah untuk memberi jawapan  sebenar bagi pertanyaan pensyarah kesayangannya itu.

Dia nekad untuk memberi jawapan yang  ringkas tetapi padat.

“Semalam hari bodoh saya,Cik,”.

***

Pada hari kejadian.

 

Angin  dari kipas rumah sewa Mohsin berputar pada kelajuan yang sederhana.

Sepoi-sepoi bahasa ,jadinya.

Jam di dinding menunjukkan pukul 2.30pagi.

Mohsin,pelajar semester akhir Diploma Marine Engineering.Kurus,kulit sawo matang,berambut kerinting-kerinting halus.Tidak terlalu kacak tetapi berwajah budiman.

Ketika rakan serumah yang lain sedang enak diulit mimpi,Mohsin masih lagi setia menekuni nota-nota pemberian pensyarah kesayangannya,Cik Putri Aleeya Safia Rania.

Mohsin bertekad untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Fluid & Thermodynamic yang akan dihadapinya pada besok pagi.

Mohsin terbayang-bayang Cik Putri Aleeya Safia Rania memuji-muji nya kerana memdapat keputusan yang baik dalam  paper Fluid & Thermodynamic.Pasti perkara itu akan membuat rakan-rakan lelakinya cemburu.

Minggu itu minggu peperiksaan.

Mohsin pelajar kesayangan Cik Putri Aleeya Safia Rania.Walaupun subjek Fluid & Thermodynamic subjek yang tough,bak kata rakan Mohsin yang lain,tetapi Mohsin tidak mengendahkannya.

Subjek Fluid & Thermodynamic subjek yang memerlukan pengiraan.Ironinya,Mohsin memang termasuk dalam kategori orang yang kuat berkira.

Setelah berpuas hati dengan latihan dan nota-nota yang dibacanya berulang kali,Mohsin membuat keputusan untuk tidur.

Jam di dinding menunjukkan 4.30pagi.

***

Mohsin terjaga dari tidur dan bingkas bangun.

Jam di dinding menunjukkan pukul 8.05 pagi.

Dada Mohsin berdebar-debar.Jantungnya bergerak pantas.

Peluh bertaburan secara tidak sekata di tubuh Mohsin.

Peluh dibibirnya disapu bersih.Silap,itu bukan peluh tetapi air liur basi Mohsin.

Mohsin meluru ke bilik air.Mandi dan bersolat Subuh pada pukul 8.15 pagi.Mohsin seorang yang taat pada agama.

Peperiksaan bagi subjek Fluid & Thermodynamic bermula pada pukul 9.00 pagi.

Setelah menyiapkan diri secara kucar-kacir,Mohsin bersedia untuk ke kampus.

Mohsin mengambil alat tulis dan kalkulator,dimasukkannya dalam bakul motorsikalnya dengan cermat,bak seorang ayah yang mengendong anak yang pertama.

Masalah muncul tanpa di duga.

Mohsin terlupa di mana kunci motorsikalnya berada.

Jam di tangan Mohsin menunjukkan pukul 8.30pagi.

Mohsin kembali berpeluh.Malah lebih lebat dari ketika dia bangun  tidur  tadi.

Hati Mohsin berbalam-balam.Ada awam mendung berarak di ruang hatinya.

Tanpa disuruh,ada manik putih yang gugur dari pelupuk matanya.

***

Bantuan muncul tanpa diduga.

“Nah,ambil kunci kereta aku ini,aku exam petang nanti,pukul 2.30petang,”suara Amir,rakan serumah Mohsin bernada rendah tetapi penuh yakin sambil menghulur kunci kereta Kancilnya kepada Mohsin.

Pelangi impian Mohsin yang tinggal dua warna – hitam dan putih kini kembali indah,berwarna-warni.

Mohsin mencapai kunci kereta Amir dan bergegas pergi.

“Terima kasih, Amir,”kata Mohsin dalam hati sambil imej Cik Putri Aleeya Safia Rania sedang tersenyum manis secara sambil lewa menerewang di kotak fikirannya.

***

Jam di dinding di dewan peperiksaan menunjukkan pukul 9.00 pagi.

Mohsin duduk di tempatnya  dengan penuh tertib dan beretika tinggi.

Segala ranjau dan halangan dapat ditempuhinya dengan semangat yang berkobar-kobar.

Setelah mendapat kertas soalan dan jawapan,baru Mohsin teringat sesuatu.

Mata Mohsin berkaca-kaca.

Imej Cik Putri Aleeya Safia Rania menyorot ganas memandangnya.

Hati Mohsin luluh.

Dengan secara sukarela,Mohsin merindukan alat tulis dan kalkulator di bakul motorsikalnya.

“Tidak bererti Fluid & Thermodynamic tanpa pengiraan.Dan tidak bereerti pengiraan tanpa kalkulator.,”

Mohsin terngiang-ngiang perkataan pengawas peperiksaan sebentar tadi kepada nya.

2 Responses to “cerpen indie : Hari Bodoh Saya,Encekkk!”

  1. Adusss….kasihan. Bukan hari bodoh…tapi malang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.