Cerpen Hari Isnin : Pengalaman Cemas Saya.
Selepas tamat waktu persekolahan,saya telah mengajak kawan karib saya,Mohd Khallil untuk ke bank.
Tujuan saya ke bank adalah untuk membuka akaun.
Mohd Khallil bersetuju dengan ajakan saya.
Setelah 15 minit menunggang motorsikal,saya dan Mohd Khallil sampai ke bank yang dimaksudkan.
Saya melihat pada jam tangan saya,jarum panjang pada angka 6 dan jarum pendek pada angka 2..
Untuk memudahkan cerita,waktu itu pukul 2.30 petang.
***
Suasana di bank pada waktu itu agak padat.
Saya segera menuju ke tempat untuk mengambil nombor.
Mohd Khallil mengikut perlakuan saya tanpa banyak bertanya.
Tiba-tiba saya melihat pintu bank dirempuh kasar seperti di dalam filem Hollywood oleh dua orang lelaki yang memakai topeng.
“Jangan bergerak! Ini rompakan,”jerit salah seorang dari lelaki itu sambil mengacukan senapang ke arah kaunter bank.
Oleh kerana terlalu panik,saya terus menjerit,
“Tolong..tolong!! Ada rompakan di sini..
Polis..Polis..Ada rompakan di sini!
Melihat aksi saya yang terus melolong dan memekik meminta tolong,perompak itu terus meluru ke arah saya.
Dia menampar muka saya dan merampas beg sekolah.Kemudian mereka terus bergegas melarikan diri.
“Sebab itulah saya tidak dapat menyerahkan tugasan saya pada hari ini,cikgu..Semua tugasan saya itu ada di dalam beg itu, tetapi sudah dicuri oleh perompak.
‘Kalau cikgu tidak percaya,cuba cikgu tanya Mohd Khallil.”terang saya bersungguh-sungguh apabila Cikgu Halijah bertanyakan kepada saya kenapa tidak menyerahkan tugasannya pada hari itu.
Cikgu Halijah hanya mengeleng-geleng kepala dengan riak wajah yang hampa apabila mendengar penerangan saya itu.
April 18, 2011 at 5:18 am
Memang hebat. Tokoh pelajar cemerlang la penulis ini. Ha ha ha tahniah.
April 18, 2011 at 5:21 am
[...] Versi Pelitaminyaktanah [...]
April 18, 2011 at 12:38 pm
ye ke ni..? nk kna tya cikgu halijah la…
April 20, 2011 at 2:19 am
Cik Bayan: itu bukan cerita sebenar,kalau tak percaya,cuba tanya kat Mohd Khallil..hehehe..
Yati: cerita rekaan jer nie..untuk suka-suka dan belajar menulis..nanti try cari ‘Cerpen Hari Isnin’ kat fb dan jangan lupa untuk klik ‘like’ yea…:p
May 4, 2011 at 6:37 am
kalo la betoi…mau juga aku dok terpk moto sapa ang rembat…bank mana kat Baling tu kena rompak…hahahaha